ღ kahwin muda :: yes or no?

semalam aku call my supper dupper  sayangs, tengah cakap-cakap then tetibe suare perempuan pulak yang hello hello dengan aku,  rupenye Mr. labuci my buah hati da bagi mak die cakap dengan aku, betuah punya budak.. ta sempat aku nak control suara macho ayu aku..hahaah

aku pun borak-borak la then she asking me

first " bila nak datang sini"
second " terima kaseyh " sebab hari tu aku ade belikan present for her
third " bila nak duduk kat rumah ni"
fourth " bila nak jadi anak mama" 

wooooowwww aku terus terkelu and tersenyum sorang-sorang..bhahaha.seronok sampai ta terkate pape la aku lepas tu..memang la best kalo kita dapat kahwin awal/muda tapi kalau boleh biar la kita mendapat pekerjaan yang tetap dan kewangan yang stabil. sapa stuju tolong turun tangan.. ecececece, semua setuju nampaknye,thanx oke, hahaah

aku sebenarnya masih muda lagi untuk semua tu and belum bersedia nak kawen.. sekurang2nye aku nak ade kerete sebijik, and career aku sendiri baru lah boleh fikirkan bab kawin (target 25).. I/Allah. so bukan senang nak dapat semua tu kan, kena lah tunggu aku kerja 3, 4 tahun lagi..kumpul duit banyak banyak =)

p/s : kawan-kawan tolong doakan yang terbaik untuk aku k.. =)

baca ni " SEMOGA NISA MENDAPAT KERJA YANG TETAP DAN MENJADI SEORANG YANG BERJAYA SUATU HARI NANTI SERTA MENDAPAT APA YANG DIINGINI" amin

thanx sebab doakan untuk nisa taw..teeheee , terujanya rasa =)

kahwin muda bagi korang camne pulaks?? yes or no??



love, 
aniecce




ANDAI lelaki tahu :)



Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya....

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. dan cubalah untuk memujuk dia dengan kata-kata yang manis.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin akan membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


love,
aniecce

F R I E N D s h i p . . . . ♥

a memory lasts forever,

         never does it die,

                 true friends stay together ,

                       and never say goodbye




friends, thank for coming in my life.. =)





you make my life colourful..



love,

aniecce






expression in the hearts...

actually , today i have no idea to story mory, but i want to tell uolz that i really-really-really MISS her..that's all.oke bye

mood : miss my Mr. Cinta



love,

aniecce
                                                



                                                                            

mai mai my tooth story

oke, today aku nak story about my tooth..last week punya al kisah ni, bukan rongak okey! but a little bit like yellow putih dan suci lagi wangi HAHAAHAHA  :: oke sorry TERover pulak ::

oke actually aku nak bagi taw dengan uollz yang gigi aku ni nak tumbuh pulak, dah tua-tua pun ade lagi gigi yang baru nk tumbuh..(tade la tua sangat kan, masih anak dara lagi 22 years old) =)  1st day tak de la sakit sangat .. but in 2nd day, nk tdo pun ta lelap, dah la aku kerja besok tu, nak kena bagun pukul 5.30 pulak.. adoi!!

                               * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

oke dah pagi. aku pun siap-siap la pergi kerja, sampai-sampai office aku pun buka story about that night, then my friend wawa (bukan nama sebenar) die kate die pun pernah jadi macam aku.. tengok la dialog aku dengan dia.. teeheeee =)

aku      : wawa penah jadi jugak ka?
wawa  : a'ah, wawa pun pernah jadi jugak, wawa g jumpa doktor, and he say mybe wawa kena buat operation sebab gigi wawa da ta boleh nak tumbuh dah, becoz ada gangguan kat belakang tu..(ala yang macam dinding tu, aku pun ta taw apa nama eh.)=)
aku      : Ya Allah! that's true..i don't  want to make a operation!! help me..!! (aku cakap dalam hati  ja la).. then aku tanya wawa, wawa sakit bila?
wawa   : wawa sakit setiap bulan.


:: aku pun ape lagi, cuak la beb! aku rasa migraine terus time tue, mane taknyer, nak kene buat operation pulak, nak cucuk sikit pun aku takut, ini kan pulak nak kena p bedah-bedah, memang rebah la kan ::
 

                               * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

time kat rumah pulak, aku borak lak dengan mak aku

aku      : mak, kawan kakak kata kena operation, takut la (perasaan sedey gila, tapi tade la sampai jadi gila kan)
mak     : haish! meqepek sangat aikh.. mak tumbuh gigi ta kena operation pon, dia naik gigi kecik ja pon kat belakang tue. Allah yang cipta, takkan DIA nk buat sampai macam tue.
k.ngah : entah hang ni, orang dulu-dulu tumbuh gigi ta payah operation pun aikh.



:: lega aku rasa time tue, ta payah la nak fikir pasal operation lagi kan , huraayyy!! ::



THANK YOU too my mom bcoz make me so happy today, gigi kakak dah tak sakit dah, ta payah pun nak buat operation berbagai. hikhikhik =) I LOVE U MOM and too kak mas TQVM sebab susah-susah googlekan untuk nisa, carikan ubat tahan sakit. twink* twink* =)  

now, i can smile as big as possible!




love,
aniecce