Pendidik ツ

Assalamualaikum

saya rasa belum terlambat kot nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada pendidik yang telah mendidik anak-anak pelajar di dalam Malaysia mahupun yang mengajar di oversea. tak lupa jugak kepada mak saudara saya MakNdak (Cikgu Marina Mohamad Yusoff), MakSu (Cikgu Zarina Mohd. Yusoff), CikCom (Cikgu Umi Kalsom Abdul Rahman) kerana berjaya menjadi guru yang berdedikasi. Kepada guru-guru yang telah mengajar saya di Tadika Kemas Pajak Song (1996), Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam (1997-2002), Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi (2003-2007) dan tak lupa jugak Kolej Negeri Seremban 2 (2008-2011), saya ingin berterima kasih kepada tenaga pengajar kerana telah mendidik saya menjadi insan yang berguna pada hari ini. 


SALAM

SELAMAT HARI GURU !!